February 2014 ~ Minyak Kelapa Dara | Virgin Coconut Oil (VCO) - Bangi Kajang

Wednesday 19 February 2014

AMARAN! Hehe. Takdelah, nak bagitau post ni panjang, so maybe boleh pilih tajuk yang korang nak tahu je Tapi kalau baca semua lagi bagus! Tambah ilmu. ;)
Ni list tajuk info yang korang perlu tahu tentang Minyak Kelapa Dara:

1. APAKAH FUNGSI MINYAK KELAPA DARA ?
2. APAKAH KESAN SEGERA PENGAMBILAN MINYAK KELAPA DARA PADA TUBUH ?
3. BAGAIMANA CARA PENGGUNAAN ?
4. PRODUK NI BERAPA LAMA BARU BERKESAN?
5. BAGAIMANA MKD MERAWAT PENYAKIT JANTUNG?
6. BAGAIMANA MKD AS-SYIFA MEMBERI TENAGA?
7. BAGAIMANA MKD AS-SYIFA BOLEH BERFUNGSI UNTUK KECANTIKKAN LUARAN?
8. TIPS PENGAMBILAN MINYAK KELAPA DARA
9. BAGAIMANA MKD AS-SYIFA MERAWAT GOUT?
10. APAKAH KEBAIKKANNYA UNTUK IBU HAMIL?
11. ADAKAH IA BAIK UNTUK KULIT BAYI & IBU?

Okey! Dah pilih nak baca yang mana? Nak baca semua? Ok, Jom baca! =D


1. APAKAH FUNGSI MINYAK KELAPA DARA ?


Minyak Kelapa Dara As-Syifa’ adalah 100% Asli, Berkualiti & Dibacakan 30 Juzu’ serta Ayat-ayat Syifa’Fungsinya membantu mencegah, merawat dan memulih penyakit seperti: KOLESTROL, SAKIT JANTUNG, RESDUNG, KENCING MANIS, TEKANAN DARAH TINGGI, PENYAKIT KULIT, GOUT, KESUBURAN RAMBUT.


Antara 1001 kelebihan dan manfaat lain jika diamalkan secara pemakanan dan penggunaan:

1.Kecantikan Luaran
2.Kesihatan Dalaman
3.Meningkatkan Daya Tahan Tubuh,
4.Membunuh Virus,Bakteria,Kulat Dan Jangkitan
5.Hubungan Suami Isteri

Pakar-Pakar Kesihatan dunia telah membuat kajian tentang minyak kelapa dara dan terbukti minyak kelapa dara mempunyai 1001 khasiat untuk kesihatan badan manusia. Mereka menyarankan agar jadikan minyak kelapa dara sebagai pelan pemakanan harian kita.

Untuk kes-kes penyakit yang sudah sampai tahap kritikal, boleh mengambil minyak kelapa dara ini sebagai suppliment, tetapi disarankan mendapat nasihat doktor terlebih dahulu.


2. APAKAH KESAN SEGERA PENGAMBILAN MINYAK KELAPA DARA PADA TUBUH ?

1. Melegakan pernafasan
-mencairkan kahak dan membersihkan laluan pernafasan dan kerongkong

2. Melawaskan pembuangan air besar dan kecil
Menyelesaikan masalah sembelit dan kencing tidak lawas serta membuang toksin melalui najis

3. Meningkatkan kadar metabolisma pada seluruh sel tubuh
Minyak kelapa dara akan diserap terus sebagai komponen tenaga dalam badan. Badan anda akan rasa lebih bertenaga

4. Didalam usus kecil dan usus besar ia akan memusnahkan organisma perosak seperti virus, bakteria, kulat dan protoza (cacing). Oleh itu penghadaman akan mencapai pada tahap maksimum.

5.Mengurangkan keadaan mudah lapar
Bila penghadaman mencapai tahap maksima tubuh mendapat lebih khasiat dan tenaga. Oleh itu berat badan terkawal tidak perlu makan banyak dan kerap.

6.Mengurangkan kandungan lemak badan
Berat badan turun mengikut kesesuaian tubuh badan seseorang

7. Mengurangkan risiko serangan sakit jantung dan darah tinggi
Mengelak terbentuknya plak pada saluran darah terutama saluran yang berhubungan dengan jantung

8. Mempercepat penggantian sel sel mati dengan yang baru

9. Mengembalikan keanjalan dan kelembutan kulit.


3. BAGAIMANA CARA PENGGUNAAN ?


Amalkan pemakanan Minyak Kelapa Dara A-Syifa Satu Sudu Makan (Dewasa) , Satu sudu Teh (Kanak-Kanak) Setiap Pagi dan Petang Selepas Makan.

Untuk kegunaan luaran, Sapu pada bahagian bermasalah.

Sebelum menggunakannya, Hendaklah
1. Membaca bismilah
2. Selawat keatas Nabi Muhammad
3.Doa supaya dipulihkan penyakit

*Jangan dilangkah dengan sengaja. Simpan ditempat yang tinggi dan jgn diletakkan dalam peti sejuk





4. PRODUK NI BERAPA LAMA BARU BERKESAN?

Minyak Kelapa Dara As-Syifa digunakan sebagai Dietary Supplimet berfungsi mencegah dan merawat penyakit . Khasiatnya untuk kesihatan memang diakui oleh pakar-pakar kesihatan dunia dimana kajian-kajian yang dijalankan mendapati minyak kelapa dara adalah makanan yang terbaik untuk kesihatan badan.

berapa lama kesan produk dalam merawat penyakit bergantung pada tahap keseriusan penyakit itu. Amalkan pemakanan minyak kelapa dara setiap hari dan lihat perubahan tahap kesihatan anda. Hampir 90% pengguna yang mengamalkan pemakanan minyak kelapa dara sebagai diet harian mereka memberikan respon positif dimana kesihatan mereka bertambah baik.

Penghasilan Minyak Kelapa Dara kami adalah yang berkualiti tinggi tanpa proses pemanasan haba dan campuran bahan kimia iaitu 100% Asli dan digabungkan pula dengan bacaan 30 Juzuk Al-Quran dan Ayat-Ayat Syifa oleh pelajar tahfiz Saadah Addarain, Insha Allah, dengan kualitinya dan kehebatan rawatan Al-Quran, penyakit anda dapat di sembuhkan, Insha Allah.


5. BAGAIMANA MKD MERAWAT PENYAKIT JANTUNG?

KLIK SINI
Salah satu fungsi MKD adalah Membantu mencegah penyakit jantung. Ramai pengguna keliru bahawa dengan pengambilan minyak kelapa boleh menyebabkan penyakit jantung disebabkan kandungan lemak tepu yang terlalu tinggi. Keunikan kandungan lemak tepu di dalam minyak kelapa adalah berbeza daripada lemak tepu yang lain disebabkan ia tidak menyumbang kepada peningkatan kandungan kolestroil di dalam darah dan sebenarnya minyak kelapa adalah bebas kolestrol. Disebabkan asid lemak MKD membantu dalam meningkatkan kadar metabolisma, ia mampu menurunkan kadar kolestrol LDL (kolestrol jahat) dan meningkatkan paras kolestrol HDL (kolestrol baik) di dalam tubuh manusia.


6. BAGAIMANA MKD AS-SYIFA MEMBERI TENAGA?

Apabila kita makan, sistem badan akan tukar makanan kepada tenaga. Namun kadar metabolisme membezakan kadar tenaga yang dihasilkan.Semakin tinggi kadar metabolisme, semakin banyak tenaga dihasilkan.

Salah satu kelebihan Minyak Kelapa Dara (MKD) D’aura, ia dapat menjana tenaga berlebihan!

Bagaimana??

MKD mula dihadamkan dengan enzim saliva (enzim dlm air liur). Ia baik untuk mereka yang ada masalah metabolik rendah. Kemudian, MKD akan dihantar ke hati untuk tenaga yang lebih maksima.

MKD juga boleh masuk ke dalam sel dengan mudah tanpa bantuan enzim .Proses pencernaan menjadi lebih cepat, sekaligus hasilkan tenaga dalam masa yang singkat!

Jangan tunggu lagi! Dengan hanya sesudu pagi dan petang, MKD D’aura pastinya terbaik sebagai makanan supplement anda setiap hari!


7. BAGAIMANA MKD AS-SYIFA BOLEH BERFUNGSI UNTUK KECANTIKKAN LUARAN?

Antara kebaikan Minyak Kelapa Dara (MKD) As-Syifa’ adalah ia boleh digunakan untuk kecantikan luaran. Ia adalah yang terbaik sebab MKD tiada campuran bahan kimia.. hanya 100% MKD tulen!

1) PELEMBAP : Hanya sapu MKD pada leher dan muka dapat mengelakkan kulit kering. Kalau ada yang risau jika kesan kilat berminyak akan terjadi, jangan risau! minyak ini mudah diserap oleh kulit. Kalau tak nak sapu di waktu siang, boleh disapu sebelum tidur dan dicuci keesokan harinya.

2) KRIM MATA : Sedikit sapuan nipis di bahagian bawah mata pada waktu malam untuk mengurangkan bengkak bawah mata serta garis-garis halus/penuaan.

3) MAKE-UP REMOVER : Letakkan beberapa titik VCOA pada kapas pembersih muka dan solekan anda akan hilang dengan mudahnya!

4) SERUM RAMBUT : Ratakan MKD pada tapak tangan dan sapukan ke rambut dan kulit kepala. Sesuai sebagai perapi rambut lurus ataupun kerinting. Ia boleh melebatkan dan menghitamkan rambut serta merawat rambut rosak.

Kesimpulannya, gunakan lah Minyak Kelapa Dara As-Syifa’ sebagai suplemen yang wajib disapu dan dimakan setiap hari!


8. TIPS PENGAMBILAN MINYAK KELAPA DARA

MINUM / AMBIL minyak kelapa dara (MKD) As-Syifa’ satu sudu makan pada waktu pagi dan petang selepas makan.

KENAPA??

Pada masa ini sistem pencernaan badan kita menjadi sedikit perlahan atau kurang aktif. Jadi ini akan memudahkan MKD bertindak dan bekerja dalam badan kita.

ELAKKAN..

Pengambilan MKD pada waktu tengahari kerana pada masa ini, sistem badan kita sangat aktif bekerja untuk mencerna makanan dan sebagainya.

Pengambilan MKD sebelum makan kerana tindak balas mungkin tidak akan berlaku kerana MKD yang kita minum akan ditimpa oleh makanan yang kita ambil.

PALING PENTING SEKALI…

Pastikan anda minum air kosong dengan cukup, sekurang-kurangnya 2 liter sehari untuk membantu proses penyingkiran atau penyahtoksin dan badan akan terasa lebih segar dan bertenaga.


9. BAGAIMANA MKD AS-SYIFA MERAWAT GOUT?

Jika dahulu, Gout hanya dihidapi oleh orang2 yang berumur. Tapi kini tidak lagi. Kajian menunjukkan 60% rakyat Malaysia mempunyai penyakit gout dan 32% daripadanya adalah pemuda berusia linkungan 25-40 tahun!

Pesakit gout bukan sahaja perlu menahan sakit yang teramat sangat ketika serangan berlaku, malah perlu berpantang dalam pemakanan.

Jadi, apa tunggu lagi?? ELAK serangan Gout dengan Minyak Kelapa Dara (MKD) As-Syifa’ sekarang!

Bagaimana??

MKD meredakan gout dengan meningkatkan metabolisma dan melancarkan sistem perkumuhan. Oleh itu, badan tidak akan menghasilkan banyak asid urik dan dapat menyingkirkan asid urik dengan cepat.

Dengan hanya sesudu MKD pagi dan petang, anda tidak perlu bimbang serangan ulangan gout yang menghantui anda sekian lama. Malah anda boleh menikmati apa jua makanan tanpa memikirkan tentang pantang anda..

Jalanilah hidup yang sihat dengan MKD As-Syifa’!


10. APAKAH KEBAIKKANNYA UNTUK IBU HAMIL?


IBU HAMIL AMBIL PERHATIAN!


Minyak kelapa dara (MKD) boleh dikategorikan sebagai suplemen untuk badan kerana khasiatnya yang pelbagai sesuai untuk diambil ibu yang sedang hamil.

Berikut adalah kebaikan minyak kelapa dara bagi ibu hamil :

Kajian telah menunjukkan apabila MKD dijadikan sebagai sebahagian daripada pemakanan, kandungan lauric acid dalam susu ibu akan bertambah sekitar tiga kali ganda!

Pengambilan MKD pada peringkat awal kehamilan membantu mengurangkan ‘morning sickness’ atau alahan yang teruk. MKD berupaya memperbaiki kandungan asid di dalam rahim dan mengimbangi paras hormon wanita yang sentiasa berubah-ubah.

Bagi mereka yang pernah keguguran atau sukar mengandung juga disarankan mengambil MKD sebagai ikhtiar mendapatkan zuriat kerana kelebihannya mengawal paras hormon dan kesuburan serta meningkatkan metabolisme badan.

Pengambilan MKD oleh ibu2 hamil juga akan mengurangkan sembelit/buasir kerana ia memperbaiki sistem penghadaman dan pencernaan.

Boleh disapu pada perut, peha dan punggung untuk mengelakkan kesan regangan (strechmark). Lakukan ia secara rutin bermula pada pertengahan usia kehamilan. Sapu juga pada betis dan kaki bagi mengelakkan kekejangan dan rasa tegang.

MKD disapu dan urut pada kawasan perineum supaya kawasan tersebut lembap dan lembut, juga diminum beberapa minggu sebelum melahirkan. Ia sebagai persediaan memudahkan proses bersalin serta mengurangkan risiko komplikasi dan mengelakkan kelahiran tidak cukup bulan (pramatang).


11. ADAKAH IA BAIK UNTUK KULIT BAYI & IBU?

Sapukan minyak kelapa dara untuk keselesaan bayi dan melembutkaan kulit bayi.


Sori, dekat gambar tu nombor husband tau, mase design gambar tu Nurul belum ada whatsapp. Hehehe. Ni nombor Nurul 011-26120912. Apa-apa nak tanya boleh whatsapp and SMS. Jangan malu-malu! =)

Wednesday 12 February 2014


Boleh hubungi Nurul dengan cara-cara dibawah:



011-2612 0912 (Nurul)
Minyak Kelapa Dara Bangi Kajang

mkd.bangi@gmail.com



Haaa, tu kat atas tu. nampak tak? Hehehe.
Tu memang harga official daripada HQ. Nurul ikut je. ;)
Boleh SMS/Whatsapp nombor ni:

011-2612 0912

Boleh tanya apa-apa soalan kat Facebook Page Minyak Kelapa Dara VCO - Bangi Kajang

Boleh jugak cari Facebook Nurul and husband. Klik je kat bawah ni:


Kalau ada pape tanya je kat Nurul or husband tau.
Jangan malu-malu! ;p

Jom bersalin normal! =D



Apa kelebihan Minyak Kelapa Dara D'Aura berbanding dengan minyak kelapa dara yang lain ???


(1)
Ditenagakan dengan bacaan 30 Juzuk al-Quran dan ayat Syifa’ (doa penyembuh penyakit) secara langsung oleh anak-anak tahfiz dari Pondok Tahfiz Moden Saadah Addarain. [bukan kaset/CD/radio]



(2)
100% Asli dan berkualiti tinggi. Minyak Kepada Dara D’Aura berwarna jernih (kualiti terbaik)



(3)
Harga yang terbaik di pasaran. Semua orang mampu memilikinya.



(4)
Membeli sambil menderma. Sebahagian daripada hasil jualan akan disumbangkan kepada sekolah tahfiz dan pembinaan masjid.



(5)
Terdapat 1001 manfaat dan kebaikan Minyak Kelapa Dara yang boleh diperoleh.

Ada banyak sangat manfaat dan khasiat Minyak Kelapa Dara ni. Pakar-pakar luar Malaysia pun ramai yang mengakui khasiat minyak kelapa dara atau virgin coconut oil (vco). Disebabkan terlalu banyak manfaat yang perlu ceritakan, jadi Nurul akan buat satu post untuk satu jenis manfaat. Okay tak?

Tak okay? Tak kira, nak buat jugak. Hihihi :p

Nantikan post seterusnya! Stay tune! =)







Tuesday 11 February 2014

Assalammualaikum!

First sekali nak perkenalkan diri dulu lah. Boleh tak? Hihi. Sebelum apa-apa kena la kenal dulu. Kan? Nama kite Nurhidayah Binti Mat Saleh, panggil Nurul je. Nama husband Muhamad Syafiq Bin Shohaimi. Kat bawah ni gambar masa kiteorang nikah. Heee. ;)



Syafiq & Nurul selepas majlis akad nikah pada 25 Mei 2013 di Banting


Berbalik kepada tajuk blog, Minyak Kelapa Dara As-Syifa' keluaran D'Aura adalah produk berkualiti tinggi yang mempunyai pelbagai khasiat, 100% Asli & Dibacakan 30 Juzu' serta Ayat-ayat Syifa'. Nurul pula adalah Pengedar Sah untuk kawasan Bangi & Kajang, boleh cek kat SINI (cari nama Nurhidayah tau). Tapi jangan risau, kalau duduk Sabah Sarawak pun boleh dapatkan daripada Nurul. =)

Minyak kelapa dara ni mungkin lebih familiar dengan perkataan "virgin coconut oil" atau "VCO". Minyak kelapa dara ni terbukti sebagai minyak yang paling sihat dan mempunyai pelbagai khasiat untuk tubuh badan kita. Boleh baca fakta-fakta tentang minyak kelapa dara di Fakta 1 dan Fakta 2 atau boleh juga cuba google sendiri. Hehehe.


Bagaimana Minyak Kelapa Bermanfaat Untuk Tubuh Anda ???

✔ Sistem Pencernaan
Membantu dalam proses pencernaan yang akan membolehkan tubuh anda menghadam segala khasiat dari makanan dan membuang toksin dari badan dengan lebih baik. Ini akan membuang semua masalah yang berpunca akibat pengumpulan toksin dalam tubuh.

✔ Sistem Imunisasi dan Kekebalan Tubuh
Tubuh anda akan lebih kebal dari penyakit kerana Minyak Kelapa Dara mempunyai sifat antivirus dan antibakteria yang kuat.

✔ Masalah Jantung
Jantung anda akan lebih sihat dan kuat kerana kandungan asid laurik yang terkandung di dalamnya membantu mencegah masalah jantung dengan cara menurunkan kadar kolesterol dan tekanan darah tinggi. Ia juga mengurangkan kecederaan arteri dan mencegah aterosklerosis.

✔ Kencing Manis dan Diabetes
Kandungan gula dalam darah anda akan lebih terkawal dan penghasilan insulin tubuh anda juga akan lebih bersesuaian. Ini akan mencegah dan mengubati kencing manis dan diabetes.

✔ Resdung
Masalah resdung anda akan lebih terkawal dan sembuh kerana sifat antivirus, antibakteria, antikulat dan antiprotozoa yang akan membasmi kuman penyebab resdung.

✔ Tiroid
Masalah hipertiroidisme dan hipotiroidisme akan dipulihkan kerana Minyak Kelapa Dara merangsang fungsi tiroid dan mempunyai pelbagai sifat antiseptik.

✔ Mencegah Masalah Hati
Bebanan tugas pada hati anda akan berkurangan kerana ia mencegak pengumpulan lemak dan Minyak Kelapa Dara adalahg zat tenaga yang mudah diubah.

✔ Berat Badan
Kadar metabolisme tubuh anda akan meningkat dan ini akan secara tidak langsung menurunkan berat badan anda pada tahap yang bersesuaian.

✔ Untuk Tulang
Tubuh anda akan mempunyai kebolehan menyerap kalsium dan magnesium dengan lebih baik.

✔ Untuk Gigi
Gigi akan menjadi lebih sihat dan kuat.

✔ Untuk Kesihatan Keseluruhan
Anda akan lebih sihat dan mampu sembuh dari pelbagai penyakit kerana Minyak Kelapa Dara memberi kebaikan dan kesembuhan dalaman dan luaran. Jadi dengan pengamalan Minyak Kelapa Dara secara berterusan, kesihatan tubuh anda anda akan berada pada tahap terbaik (optimum).


Okay!
Sampai sini dulu. Penat nanti baca banyak-banyak.
Jumpa lagi kat post seterusnya! =D