March 2015 ~ Minyak Kelapa Dara | Virgin Coconut Oil (VCO) - Bangi Kajang

Monday 30 March 2015

Ketika isteri mengandung, suami hendaklah benar-benar bertanggungjawab terhadap isteri kerana perasaan isteri sangat sensitif pada saat itu. Isteri sangat memerlukan perhatian daripada suami yang disayanginya. Ada beberapa perkara yang perlu suami lakukan terhadap isteri yang sedang mengandung:

1) Suami hendaklah menunjukkan rasa kasih sayang terhadap isteri, sebagai teman hidup yang paling dekat.

2) Hendaklah berlaku jujur & setia terhadap isteri serta hindari daripada bersikap kejam terhadap isteri.

3) Selesaikan dahulu jika ada perselisihan faham yang berlaku dengan isteri sebelum masuk tidur.

4) Jangan mudah mengeluarkan perkataan talak terhadap isteri.

5) Ketika isteri hampir bersalin, suami digalakkan membaca doa berikut, " La ila ha illa anta subhanaka inni kun tum minadzolimin"
Maksudnya: "Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau Maha Suci. Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang yang zalim"

6) Suami hendaklah kerap melakukan solat sunat atau solat hajat dan mendoakan agar isteri dan anak dalam kandungan selamat. Mengandung akan memberi tekanan terhadap wanita dari segi fizikal, ia harus menampung kandungannya, tubuh badannya bekerja lebih kuat. Jantungnya mengepam darah 40% lebih daripada keadaan biasa. Buah pinggangnya harus mengendalikan pembuangan kotoran bayinya.

Wanita mengandung juga mengalami perubahan emosi, maka tugas para suamilah untuk menjaga hati para isteri smile emoticon

Wednesday 25 March 2015

Assalamualaikum.


PENGUMUMAN!


Sebenarnya dah bagitau kat post sebelum ni. Tapi lupa nak bagitau bila official date untuk guna VOUCHER ni. Sebab voucher ni kita buat khas sempena GST, so starting on 1st April 2015 korang dah boleh start guna voucher dah untuk setiap pembelian Minyak Kelapa Dara As Syifa' ni.  

Orang yang bertuah je akan jumpa voucher ni kat beberapa tempat di sekitar Bandar Baru Bangi. Kat mana tu kita tak boleh bagitau. Surpriseeee! Hehe. Kalau rajin, pergilah ronda-ronda di petang hari cari voucher tersembunyi kat celah mana. Hihi 

Bagi yang membuat pembelian Minyak Kelapa Dara As Syifa' dan Peasant Dress by Tillie and Tots juga akan menerima voucher jugak. Rupa voucher tu macam kat bawah ni. ;P





Eh, yg kat bawah tu voucher ape pulak? 

Hehe. Tu special untuk ibu yang ada anak perempuan je! Ade special PEASANT DRESS yang comel-comel khas untuk baby girl anda! Special made by our tailor tau. Dah nak masuk bulan April ni so boleh la usha-usha dress untuk raya nanti. Amboi, awalnye prepare baju raya. Hihi ;p


Tapi nak cakap sori untuk ibu-ibu yang ada baby lelaki sebab belum ada baju untuk baby lelaki lagi. Tapi jangan risau, next time kita buatkan baju baby lelaki pulak okey? Jangan merajuk tau, voucher pun kita akan buat jugak kalau dah ade produk untuk baby boy nanti. Hehehe. ;)


Kalau ada yang berminat nak order Minyak Kelapa Dara and baby dress ni bolehlah whatsapp Nurul okay. 011-2612 0912. And macam yang Nurul sebut dalam post yang lepas, we provide Free Consultation and Free Postage untuk Minyak Kelapa Dara As-Syifa'. ;)


Okey. See you on next post! 

Salam! =)

Tuesday 24 March 2015

Assalamualaikum




Dear mommy to be yang ade masalah HB low masa pregnant bolehlah try Minyak Kelapa Dara D'aura As-syifa' ni. Memang bagus untuk preggy mommies untuk maintain bacaan HB cantik menarik tertarik every month! Hehehe. Takdelah nurse asyik bebel je pasal HB tak naik-naik. Kita stress. Nurse stress. Nanti baby pun stress. Anyonyooo!

HB Low ni Bahaya taw! Jangan ambik mudah je. Huhu

Ibu boleh keguguran, boleh pitam & MASALAH KEGAGALAN JANTUNG. Kalau baby pulak, boleh lahir tak cukup bulan, berat baby kurang 2.5kg and baby boleh lemas masa lahir. Paling bahaya baby boleh meninggal waktu dilahirkan. Kalau boleh kita sebagai ibu ni mestilah nak yang terbaik untuk baby kita kan? 


Bukan tu je, Minyak Kelapa Dara D'aura As-Syifa' ni memang sangat-sangat membantu lagi-lagi waktu nak deliver baby. Nak share sikit masa Nurul bersalin last year, baby memang senang keluar meluncur lajuuuu zasss sebab jalan licin giteww. Masa dalam labour room tu, Nurul minum separuh botol sebab tak sempat nak pakai sudu dah time tu. Kekeke. Alhamdulillah, kesan pengambilan Minyak Kelapa Dara ni memang betul-betul berkesan InsyaAllah. Lagi satu, doktor tak gunting pun even baby kite besar sebab Minyak Kelapa Dara ni membantu melembutkan jalan bagi automatik bukaan dia muat-muat cantik untuk baby keluar tanpa gunting. Alhamdulillah, memang bersyukur sangat time tu Allah permudahkan. Takut sangat dengar perkataan "kene gunting". Nasib baik tak kena! Hahaha 


Kalau ada yang berminat nak order Minyak Kelapa Dara ni bolehlah whatsapp Nurul okay. 011-2612 0912. Free Consultation. Free Postage. Dan yang paling best nak bagitahu ni, ade free voucher RM10 untuk setiap pembelian Minyak Kelapa Dara As-Syifa' sempena nak GST ni. Hehehe Dan ade bonus lagiii voucher baju baby RM5! Fuhhh! Berbaloi-baloi. Beli sekali je, dapat voucher sampai dua tu! Mane nak dapat akak uiii?





Semoga Allah permudahkan kita semua yang sedang pregnant ni melahirkan zuriat buat suami tercinta. Amin!