Minyak Kelapa Dara | Virgin Coconut Oil (VCO) - Bangi Kajang: Kelebihan Minyak Kelapa Dara
Showing posts with label Kelebihan Minyak Kelapa Dara. Show all posts
Showing posts with label Kelebihan Minyak Kelapa Dara. Show all posts

Tuesday, 23 June 2015

Bagaimanakah saya tahu bahawa bayi saya sembelit?

Sembelit jarang b'laku pada bayi yg masih kecil, terutamanya yg masih menyusu badan walaupun mungkin ia menjadi masalah kepada bayi yg lebih berusia apabila dia mula makan makanan pejal.

Bayi2 yg diberi susu ibu akn m'buang air besar beberapa kali sehari dlm beberapa minggu pertama & kemudian hanya 1/2 kali sepanjang minggu. Walaupun najisnya lembut atau cair, kadang-kala semua bayi perlu meneran untuk mengeluarkannya. Malah, anda akan sedar akan kerut dan dengus bayi anda apabila dia sedang membuang air besar.

Bayi2 yg diberikan susu formula akan membuang air besar sekali sehari, walaupun sesetengahnya mungkin akan membuang air besar sekali dlm setiap 3 atau 4 hari. Ini bukanlah perkara yg tidak normal, kecuali jika najisnya keras & berketul-ketul. Sembelit berlaku apabila najis di bahagian bawah usus ditekan oleh otot yg menjerut, yg akan melambatkan pengeluarannya & semakin lama ia di situ, ia akan menjadi lebih keras & kering.

Sebelum mengesyaki sembelit, anda perlu mengenali simptom-simptom yg tercatat di bawah & anda harus faham bahawa bayi, sama seperti orang dewasa, akan mempunyai pola membuang air besar yg bertukar-tukar.

Apakah simptom-simptom sembelit?

Bagi bayi yg berusia kurang dari 3 bulan, sembelit jarang berlaku, walaupun bayi anda diberikan susu formula.

Sesetengah bayi akan mendengus & meneran pd setiap pergerakan, walaupun tidak semestinya disebabkan sembelit. Tetapi, jika bayi anda menangis & kelihatan tidak selesa, periksalah dengan pakar pediatrik anda. Jika bayi anda mengeluarkan najis pejal kurang daripada sekali sehari, ini biasanya adalah sembelit.

Bagi bayi yg lebih berusia & sudah mula makan makanan pejal, simptom-simptomnya termasuklah:
- meragam, sakit abdomen & gastrik;
- abdomen yg keras;
- sakit abdomen yg mengurangkan pembuangan air besar;
- najis bercampur darah, selalunya berpunca dr luka (fisur) rektum yg disebabkan oleh najis yg keras;
- najis yg sukar dikeluarkan & berketul-ketul.

Kenapakah sembelit berlaku?

Seorang bayi akan sembelit jika dia tidak mendapat cecair yg secukupnya. Jika masalah ini berlarutan, anda mesti membawanya untuk pemeriksaan, mulanya, doktor akan memastikan bahawa bayi tidak menghidapi penyakit atau sembelit itu akibat fisur dubur.

** Rawat masalah sembelit bayi anda dengan amalkan MKD As-Syifa' bagi membantu menyihatkan perut bayi anda.


**Kami disini ada produk yang terbaik bagi ibu-ibu hamil untuk mengatasi masalah yang sering dihadapi oleh ibu-ibu ketika mengandung. Oleh itu utk elakkan nya boleh amalkan MKD As-Syifa' sebagai makanan tambahan .

------------------------------------------------------

Berminat dengan produk Minyak Kelapa Dara kami...?
Dapatkan konsultasi percuma secara Whatsapp serta pembelian dengan harga promosi..

Whatsapp segera ya !! Jangan lepaskan peluang

✚ Sila whatapps untuk info lebih lanjut >>  Nurul 011-2612 0912
✚ Dapatkan MKD As-Syifa' dengan Tawaran Istimewa Promosi Harga 2 SET sementara ianya masih ada !
✚ PM kami >>https://www.facebook.com/messages/minyak.kelapa.dara.bangi.kajang


Ikhlas dari,
Nurul
Minyak Kelapa Dara As-Syifa'
Rawatan Alternatif Pilihan Anda

Thursday, 18 June 2015

Ini merupakan tips buat ibu yang buat pertama kali mengandung dan ingin lahirkan anak. Ini adalah tips dan cara untuk meneran semasa bersalin.

1. Angkat kepala dagu cecah dada.

2. Mata pandang perut

3. Tangan pegang (bahagian kaki yang berhampiran buku lali)

4. Masa teran jangan keluarkan suara atau menangis kerana ini akan membuatkan ibu tersebut kurang tenaga dan lemah

5. Masa teran tu jangan sesekali angkat punggung kerana ini akan mengakibatkan luka dan koyak yang besar di bahagian vagina

6. Tarik nafas sedalam yg boleh & teran mcm nak buang air besar tanpa blow nafas anda.

7. Teran sekuat yg terdaya selama yg boleh & curi nafas then sambung teran tiap kontraksi

8. Semasa kontraksi je push sbb masa tu baby pun gerak sama so jgn buang masa

9. Baca bismilah, selawat

Tips tambahan: kongsi la tips ni dengan husband supaya dapat mengingatkan anda. Mungkin masa tu anda akan terlupa dek menahan sakit.Bila husband dah tau senang la dia memberi panduan kpd anda... Amalkan minum dan sapu Minyak Kelapa Dara As-Syifa' semasa mengandung, lebih-lebih lagi bila di akhir kehamilan kerna ia memudahkan proses bersalin nanti.

NAK KAN BERSALIN SECARA MUDAH...? INI KEHAMILAN ANDA YANG PERTAMA..

Dah ramai pengguna kami dapat bersalin secara normal tanpa sebarang masalah..
Nak tahu lebih lanjut...


JOM LIHAT DI BAWAH...


**Kami disini ada produk yang terbaik bagi ibu-ibu hamil untuk mengatasi masalah yang sering dihadapi oleh ibu-ibu ketika mengandung. Oleh itu utk elakkan nya boleh amalkan MKD As-Syifa' sebagai makanan tambahan .

------------------------------------------------------

Berminat dengan produk Minyak Kelapa Dara kami...?
Dapatkan konsultasi percuma secara Whatsapp serta pembelian dengan harga promosi..

Whatsapp segera ya !! Jangan lepaskan peluang

✚ Sila whatapps untuk info lebih lanjut >>  Nurul 011-2612 0912
✚ Dapatkan MKD As-Syifa' dengan Tawaran Istimewa Promosi Harga 2 SET sementara ianya masih ada !
✚ PM kami >>https://www.facebook.com/messages/minyak.kelapa.dara.bangi.kajang


Ikhlas dari,
Nurul
Minyak Kelapa Dara As-Syifa'
Rawatan Alternatif Pilihan Anda

Saturday, 30 May 2015


VCO vs PENYAKIT HERPESAssalamualaikum. "Ade customer tanya Nurul, kalau orang ade penyakit herpes boleh tak guna VCO...
Posted by Nurul Sayang Kamu on Saturday, May 30, 2015

Thursday, 28 May 2015


Assalamualaikum :)Semalam dgn harini berjaya close deal 6 set VCO D'aura. Alhamdulillah. Dropshipper under Nurul dah...
Posted by Nurul Sayang Kamu on Thursday, May 28, 2015

Saturday, 23 May 2015


ADAKAH ANDA ORANGNYA? Hai! Ramai customer tanya : "Nurul, kalau akak ade sakit tuuu, sakitt niiii boleh ke nak minum...
Posted by Nurul Sayang Kamu on Saturday, May 23, 2015

Friday, 22 May 2015


Bos kecik Hannan Annisa' tengah sibuk kira stok VCO tinggal berapa. Apakan daya, stok dah makin susut. Hehe....
Posted by Nurul Sayang Kamu on Friday, May 22, 2015

Thursday, 21 May 2015



Kebanyakkan wanita yang hamil akan mengalami masalah buasir. Buasir mempunyai pelbagai masalah seperti rasa tidak selesa jika ia keluar melalui dubur sehingga sakit dan berdarah jika buasir ini tersumbat dan luka selepas membuang air besar.

Buasir boleh luka bila najis terlalu keras. Tambahan ketika mengandung disebabkan kulit dubur menjadi kendur kerana hormon, tekanan dari bayi pada dubur dan masalah sukar membuang air besar menyebabkan buasir terkeluar, tersumbat dan berdarah. Kami kebiasaannya memberi ubat seperti Dafilon, ubat memudahkan buang air besar dan ubat supositori untuk dimasukkan ke dalam dubur.

Buasir terjadi apabila saluran darah vena membengkak dan timbul serta bengkak-bengkok atau tortuous. Ini menyebabkan saluran ini mudah tersumbat kerana pembekuan darah.
Kejadian ini bukan saja berlaku di dubur tetapi ia boleh berlaku di kaki dan bibir faraj seperti puan alami. Pada kaki, ia timbul pada permukaan betis dan selalunya puan mengalami kesakitan semasa berjalan.

Jika ia timbul di bibir faraj, bibir faraj akan membengkak dan puan berasa tidak selesa apabila terkena seluar dalam. Perdarahan jarang berlaku di tempat sebegini. Jika anda lihat dalam cermin, ia membentuk jaringan urat-urat darah berwarna biru/hijau.

PUNCA BUASIR

*Tabiat pemakanan yang kurang elok.
*Kurang minum air.
*Mengabaikan pengambilan zat tambahan.
*Kurang bersenam.
*Sembelit atau cirit birit.
*Mengangkat benda berat.
*Sentiasa duduk
*Meneran (ketika najis keras atau sembelit)
*Cirit-birit
*Duduk mencangkung di dalam tandas terlalu lama
*Batuk yang teruk
*Hamil
*Bersalin

TANDA- TANDA BUASIR

*Gatal pada lubang dubur.
*Kepanasan pada kawasan dubur selepas membuang air besar.
*Berdenyut-denyut.
*Sukar membuang air besar.
*Berasa tidak selesa selepas berdiri lama atau mencangkung.
*Keluar darah ketika membuang air besar.

Lebih hampir anda ke tarikh bersalin lagi bertambah teruk. Ini tidak memudaratkan kandungan anda, Cuma doktor akan mengelak melakukan epiosotomi jika boleh bagi mengelak perdarahan yang banyak jika terkena urat-urat darah ini.
Semua masalah itu selalunya akan hilang selepas bersalin kelak.

INFO : BERITA HARIAN



**Kami disini ada produk yang terbaik bagi ibu-ibu hamil untuk mengatasi masalah yang sering dihadapi oleh ibu-ibu ketika mengandung. Oleh itu utk elakkan nya boleh amalkan MKD As-Syifa' sebagai makanan tambahan .

------------------------------------------------------

Berminat dengan produk Minyak Kelapa Dara kami...?
Dapatkan konsultasi percuma secara Whatsapp serta pembelian dengan harga promosi..

Whatsapp segera ya !! Jangan lepaskan peluang

✚ Sila whatapps untuk info lebih lanjut >>  Nurul 011-2612 0912
✚ Dapatkan MKD As-Syifa' dengan Tawaran Istimewa Promosi Harga 2 SET sementara ianya masih ada !
✚ PM kami >>https://www.facebook.com/messages/minyak.kelapa.dara.bangi.kajang


Ikhlas dari,
Nurul
Minyak Kelapa Dara As-Syifa'
Rawatan Alternatif Pilihan Anda

Wednesday, 20 May 2015

1. Apabila seorang perempuan mengandung dalam rahimnya, maka beristighfarlahpara malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

2. Apabila seorang perempuan mulai sakit hendak bersalin atau melahirkan, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang berjihad di jalan Allah SWT.

3. Apabila seorang perempuan melahirkan anak, hilanglah dosa²nya seperti keadaan ia baru dilahirkan.

4. Apabila telah lahir anaknya lalu disusuinya,maka bagi ibu itu setiap setegukan dari pada susunya diberi 1 kebajikan.

5. Apabila semalaman si ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.

6. Rakaat solat wanita yang sedang hamil adalah lebih baik dari pada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

7. Wanita yang memberi minum air susu (ASLI) kepada anaknya dari dirinya sendiri akan mendapat 1 pahala pada tiap² titis susu yang diberikannya.

8. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari karena menjaga anaknya yang sakit akan diampunkan oleh Allah SWT seluruh dosanya dan bila ia menghibur hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadah.

9. Wanita yang hamil akan dapat pahala terus berpuasa pada siang hari.

10. Wanita yang hamil akan dapat pahala terus beribadah pada malam hari.

11. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun shalat dan puasa, serta setiap kesakitan pada 1 uratnya Allah SWT mengkurniakan 1 pahala haji.

12. Sekiranya wanita mati di masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dianggap sebagai mati syahid.

13. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempo (2,5 tahun), maka malaikat² dilangit akan kabarkan berita bahwa syurga wajib baginya.

14. Jika wanita memberi susu dirinya pada anaknya yang menangis, Allah SWT akan memberi pahala 1 tahun shalat dan berpuasa.

► Subhanallah...

► Betapa mulianya "status" wanita hamil, tentunya dengan jalan kehamilan yang diridhai oleh Allah SWT, bukan dengan cara/jalan kehamilan yang tidak di sukai-Nya....



**Kami disini ada produk yang terbaik bagi ibu-ibu hamil untuk mengatasi masalah yang sering dihadapi oleh ibu-ibu ketika mengandung. Oleh itu utk elakkan nya boleh amalkan MKD As-Syifa' sebagai makanan tambahan .

------------------------------------------------------

Berminat dengan produk Minyak Kelapa Dara kami...?
Dapatkan konsultasi percuma secara Whatsapp serta pembelian dengan harga promosi..

Whatsapp segera ya !! Jangan lepaskan peluang

✚ Sila whatapps untuk info lebih lanjut >>  Nurul 011-2612 0912
✚ Dapatkan MKD As-Syifa' dengan Tawaran Istimewa Promosi Harga 2 SET sementara ianya masih ada !
✚ PM kami >>https://www.facebook.com/messages/minyak.kelapa.dara.bangi.kajang


Ikhlas dari,
Nurul
Minyak Kelapa Dara As-Syifa'
Rawatan Alternatif Pilihan Anda

Tuesday, 19 May 2015



Keguguran spontan dalam tempoh tiga bulan pertama kehamilan secara amnya disebabkan oleh kromosom yang tidak normal. Ini bermakna bahawa embrio tidak lagi dibentuk dengan baik, hasil daripada konsep berhenti dari evolusi dan dihapuskan.

Daripada semua pengguguran yang berlaku sebelum minggu ke-8, 30% tidak mempunyai janin yang dikaitkan dengan pundi amnion dan plasenta. Keguguran selepas kehamilan yang pertama boleh disalahkan pada rahim yang tidak matang.

Kehamilan seterusnya adalah mungkin untuk pembentukan seperti biasa. Banyak kes keguguran tidak mempunyai sebab yang diketahui.

Antara faktor keguguran yang kerap berlaku apabila anda hamil adalah seperti berikut;

1) Umur wanita yang hamil

Untuk wanita di bawah 35 tahun, kadar keguguran adalah lebih rendah daripada wanita lebih 35 tahun. Wanita lebih 40 tahun berkemungkinan mempunyai dua lagi peluang untuk kehilangan kehamilan daripada seorang wanita berusia 20 tahun.

2) Mempunyai sejarah keguguran

Wanita yang mempunyai dua atau lebih keguguran berturut-turut boleh kehilangan kehamilan sekali lagi berbanding wanita lain.

3) Masalah penyakit yang berlaku pada wanita hamil seperti

Penyakit jantung, penyakit kronik, penyakit paru-paru, penyakit buah pinggang, gangguan hormon, mewarisi gangguan pembekuan darah, sesetengah penyakit imunisasi, kekurangan vitamin (terutamanya Vitamin E), kencing manis yang teruk dan hepatitis

4) Jangkitan Bakteria

Jangkitan bakteria boleh meningkatkan peluang keguguran seperti Ureaplasma urealyticum dan mycoplasma hominis yang hidup di dalam saluran pembiakan lelaki mahupun perempuan sihat.

Pada wanita hamil, terjadinya jangkitan bakteria ini mengakibatkan endometrium (lapisan rahim ) terjadi keradangan sehingga sukar bagi embrio untuk bertahan hidup dan berkembang.

5) Merokok mendatangkan keburukan buat wanita hamil

Merokok semasa hamil boleh mencetuskan pengguguran bayi, kematian janin, kelahiran pra-matang dan masalah pernafasan.

Rokok dengan kandungan tar yang lebih tinggi menghasilkan tahap karbon monoksida yang tinggi, bayi tidak dapat menerima oksigen sepenuhnya. Hidrogen sianida dan nikotin mengenakan tindakan toksik.

6) Pengambilan minuman kafein dan juga ubat-ubatan

Minuman berkafein seperti coca cola dan kopi semasa mengandung sepatutnya dikurangkan atau tidak di ambil sepanjang tempoh kehamilan, terutamanya pada trimester pertama, sebahagian besarnya meningkatkan risiko keguguran

Anda tidak boleh mengambil sebarang ubat-ubatan sepanjang kehamilan tanpa merujuk kepada doktor. Anda harus mengelak daripada mengambil pil tidur, ubat sakit, julap, antibiotik dan sebagainya.

7) Perubahan emosi

Emosi wanita hamil boleh berubah dari berasa gembira dan seronok pada suatu hari ke sedih serta kecewa pada keesokan harinya. Ada sesetengah wanita berasa kesal atas kehamilan mereka, seterusnya menghadapi kemurungan.

Keadaan ini berlaku apabila mereka tidak bersedia atau sudah mengalami keguguran beberapa kali sebelumnya. Anda dinasihatkan berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan nasihat tentang masalah ini.

8) Obesiti

Wanita yang berlebihan berat badan mempunyai risiko 67% lebih besar keguguran berbanding dengan mereka yang mempunyai berat badan normal. Obesiti pada wanita hamil juga, boleh mengganggu proses ovulasi (penghasilan telur) atau tiada ovulasi langsung.

Secara kesimpulannya, bagi wanita hamil sepatutnya elakkan faktor-faktor penyebab keguguran dan awasi permakanan serta perubahan emosi anda. Ini kerana ianya amat berkait rapat dengan kandungan anda. ‘Mencegah adalah Lebih Baik’.

**Kami disini ada produk yang terbaik bagi ibu-ibu hamil untuk mengatasi masalah yang sering dihadapi oleh ibu-ibu ketika mengandung. Oleh itu utk elakkan nya boleh amalkan MKD As-Syifa' sebagai makanan tambahan .

------------------------------------------------------

Berminat dengan produk Minyak Kelapa Dara kami...?
Dapatkan konsultasi percuma secara Whatsapp serta pembelian dengan harga promosi..

Whatsapp segera ya !! Jangan lepaskan peluang

✚ Sila whatapps untuk info lebih lanjut >>  Nurul 011-2612 0912
✚ Dapatkan MKD As-Syifa' dengan Tawaran Istimewa Promosi Harga 2 SET sementara ianya masih ada !
✚ PM kami >>https://www.facebook.com/messages/minyak.kelapa.dara.bangi.kajang


Ikhlas dari,
Nurul
Minyak Kelapa Dara As-Syifa'
Rawatan Alternatif Pilihan Anda

Monday, 18 May 2015



"Bestlah VCO D'aura ni. Dahlah boleh buat minum, sapu kat muka pun boleh! MasyaAllah. Jimat betul! Orang kata 2 in 1 product!"

VCO boleh digunakan pada kulit wajah sebagai :
1. Makeup remover
2. Moisturizer
3. Masker
4. Hilangkan ruam
5. Hilangkan kesan gigitan nyamuk
6. Hilangkan gatal-gatal
7. Hilangkan parut pembedahan
8. Mengecutkan jerawat

Cara penggunaan :
1. Baca bismillah
2. Selawat 3x
3. Sapukan VCO pada bahagian yang bermasalah & niat supaya disembuhkan penyakit.

Harga VCO D'aura :
Satu set RM79.00 untuk Semenanjung & RM86.00 untuk Sabah Sarawak. Free postage seluruh Malaysia.

For orders & consultation ;
Nurul
011-2612 0912
Kehamilan luar rahim juga dkenali sebagai ‘ectopic pregnancy’ dalam istilah Inggeris. Ia terjadi apabila telur tersenyawa implantasi di luar rahim. Kebanyakkan kehamilan luar rahim (95%) berlaku di tiup fallopio. Lokasi yang jarang berlaku termasuk di serviks, ovari atau dalam abdomen.

Kehamilan luar rahim tidak dapat bertahan dan akan pecah kerana hanya rahim yang boleh menyokong perkembangan bayi dan uri. Jika kehamilan luar rahim pecah di tiub fallopian, ia akan mengancam nyawa ibu akibat pendarahan dalam abdomen.

Kehamilan di luar rahim biasanya dikenalpasti di antara minggu keempat dan kesepuluh. Simptomnya berlaku kira-kira dua minggu selepas tidak datang haid.

Antara tanda-tanda kehamilan luar rahim ialah:

1. Pendarahan faraj yang tidak normal
Darah ini biasanya berbeza daripada haid biasa, samada ia lebih banyak atau sedikit, dan mungkin warnanya lebih gelap daripada biasa dan cair. Sakit yang teruk dan berterusan di satu bahagian pada bawah perut

2. Sakit bawah perut
Sakit di bahagian bawah perut merupakan tanda awal kehamilan. Sakit ini terjadi pada salah satu tempat perut atau daerah pinggul. Ini adalah simptom yang biasa, jika anda mengalaminya dan anda mengesyaki hamil, anda harus berjumpa doktor.

Jika kehamilan luar rahim anda tidak dapat dikenal pasti oleh doktor dan tiub anda menegang akibat pembesaran embrio sehingga ia pecah, maka anda akan mengalami tanda-tanda seperti berikut:

> Sakit yang teruk dan berlaku tiba-tiba, dan beransur-ansur merebak ke seluruh bahagian perut.
> Berpeluh, rasa seperti ingin pitam, cirit birit atau terdapat darah dalam najis.
> Tidak sedarkan diri akibat pendarah dalaman yang teruk.
> Sakit pada hujung bahu. Ini boleh berlaku jika pendarahan dalaman itu menganggu organ dalaman lain seperti diafragma (rusuk)

Jika kehamilan di luar rahim ini dikesan, pakar bedah akan menggunakan kaedah laparoskopi (pembedahan lubang kunci) untuk memotong tiub falopio dan mengeluarkan kehamilan tersebut. Tiub tersebut tidak akan dipotong jika ia boleh dibaiki. Laparoskopi lebih baik daripada pembedahan terbuka kerana:

> pembedahan ini lebih cepat.
> kurang darah yang hilang semasa pembedahan ini.
> anda tidak perlu tinggal lama di hospital.
> kurang ubat penahan sakit diperlukan.

Jika tiub anda telah pecah, doktor biasanya akan mencadangkan pembedahan perut terbuka kerana ini merupakan cara yang paling cepat untuk mengurangkan kehilangan darah. Dalam sesetengah kes, pemindahan darah mungkin diperlukan untuk menggantikan darah yang hilang.

Samada tiub dan kehamilan itu dikeluarkan bersama-sama, atau kehamilan dikeluarkan dan tiub dibaiki bergantung kepada:

> tahap kerosakan tiub tersebut.
> tahap kesihatan tiub falopio yang satu lagi.
> keinginan anda untuk hamil lagi.

Kesimpulan dari hasil pembacaan tentang kehamilan luar rahim ini, mereka mempunyai peluang yang tinggi untuk jika ia dikesan awal oleh doktor. Di harap kepada wanita yang di luar sana jika mengalami tanda-tanda di atas segeralah mendapatkan nasihat doktor. “Mencegah adalah lebih baik”.



**Kami disini ada produk yang terbaik bagi ibu-ibu hamil untuk mengatasi masalah yang sering dihadapi oleh ibu-ibu ketika mengandung. Oleh itu utk elakkan nya boleh amalkan MKD As-Syifa' sebagai makanan tambahan .

------------------------------------------------------

Berminat dengan produk Minyak Kelapa Dara kami...?
Dapatkan konsultasi percuma secara Whatsapp serta pembelian dengan harga promosi..

Whatsapp segera ya !! Jangan lepaskan peluang

✚ Sila whatapps untuk info lebih lanjut >>  Nurul 011-2612 0912
✚ Dapatkan MKD As-Syifa' dengan Tawaran Istimewa Promosi Harga 2 SET sementara ianya masih ada !
✚ PM kami >>https://www.facebook.com/messages/minyak.kelapa.dara.bangi.kajang


Ikhlas dari,
Nurul
Minyak Kelapa Dara As-Syifa'
Rawatan Alternatif Pilihan Anda

Sunday, 17 May 2015

Ni adalah soalan lazim yang kebiasaaanya ditanya oleh bakal pemgguna minyak kelapa dara. Nurul dah listkan soalan dan jawapan skali kat bawah ni. Harap dapat bantu sedikit sebanyak. Kalau ada apa-apa soalan lain boleh whatsapp Nurul okey? Jangan malu-malu! =)


Q : Bile boleh start amalkan VCO ni? Awal-awal pregnant dah boleh minum ke?
A : VCO ni boleh diamalkan dari awal pregnancy lagi. Takde masalah. Lagi bagus!

Q : Satu set tahan berapa lama?
A : Boleh tahan sebulan lebih if konsisten minum 2x sehari

Q : Rasa ape ye VCO? Pahit ke?
A : Rasa die tawar je macam air zamzam cuma agak likat sedikit.

Q : Budak boleh minum ke VCO ni?
A : Boleh! VCO ni boleh digunakan untuk semua peringkat umur daripada bayi sampai warga emas. Takde had umur.

Q : Ape beza VCO D'aura dengan VCO jenama lain?
A : Specialnya VCO D'aura sebab telah dirukyahkan (ditenagakan) dengan 30 juzuk Ayat Al-Quran daripada pelajar-pelajar Maahad Tahfiz Teluk Panglima Garang, Banting, Selangor. So, tak boleh dilangkah & letak merata-rata.

Q : Cara minum macam mane? Berapa kali sehari ye?
A : Amalkan 2 kali sehari selepas makan. 1 sudu lepas breakfast & 1 sudu lepas lunch. Baca Bismillah, Selawat & niat dalam hati supaya Allah beri kesembuhan & dipermudahkan urusan (bersalin).

Q : Berapa harga VCO D'aura?
A : Satu set RM79 untuk Semenanjung & RM86 untuk Sabah/Sarawak. Free postage seluruh Malaysia.

Q : Ape bahan yg terkandung dlm VCO ni?
A : VCO ni 100% organik minyak yang diekstrak daripada kelapa dara. Takde campuran bahan lain.

Q : Macam mane nak dapatkan VCO ni?
A : Caranya ialah ;

1. Boleh hubungi Nurul di talian 011-2612 0912 untuk tempahan & consultation.
2. Boleh pm kami di fb page : Minyak Kelapa Dara VCO - Bangi Kajang.
3. Atau hubungi dropshipper sah kami.

Terima kasih.

Tuesday, 12 May 2015




BERITA BAIK UNTUK ANDA!

PENDAFTARAN AGEN DROPSHIP MINYAK KELAPA DARA KINI DIBUKA!


"HANYA UNTUK 20 ORANG TERAWAL SAHAJA!"


Hanya dengan 3 LANGKAH MUDAH!
Anda mampu menjana pendapatan secara sambilan sebanyak RM600 sebulan!
Malah anda boleh menjana pendapatan lebih dari itu, sehingga 4 ANGKA!

Dan ini semua adalah TANPA MODAL.
YA. Anda tidak perlu membayar satu sen pun.


Sunday, 10 May 2015

Ade customer tanye, VCO ni boleh minum masa awal pregnancy tak?

Jawapannya : Boleh. Takde masalah. Lagi bagus! Hehe


Meh Nurul share sikit kebaikan mengamalkan VCO pada awal kehamilan :

1. Elakkan komplikasi mase hamil.
2. Kurangkan morning sickness.
3. Kurangkan risiko mendapat penyakit ketika hamil. Contohnya hb low, kencing manis, darah tinggi & lain-lain yg b'kaitan dgn mslh lazim ibu hamil. (Majoriti customer yang amalkan VCO, bacaan hb memang cantik. Takde low memanjang time checkup. Alhamdulillah)
4. Elakkan kelahiran baby pra-matang.
5. Bagi khasiat kat ibu & baby supaya membesar dgn sihat di dlm kandungan.
6. Menguatkan rahim. (Highly recommended untuk yang pernah keguguran)
7. Menyeimbangkan hormon.
8. Mengurangkan masalah sembelit & buasir serta melawaskan.

Takde masalah sebenarnye kalau nak amalkan diawal usia kandungan. Ada yg was-was sbb takut terbersalin awal. Hehe. Comel betul! grin emoticon Nak order boleh whatsapp taw! Tenkiuu!

Orders & Consultation ;
Nurul
011-2612 0912

Sunday, 5 April 2015

Minyak kelapa dara As-Syifa' adalah 100% organik dan diperolehi daripada pohon kelapa yang hidup secara semulajadi.

Menggunakan kelapa matang berkualiti, tanpa menggunakan haba dan tidak diproses secara kimia.

[✔] Membantu mengurangkan berat badan dan mengekalkan berat badan yang ideal

[✔] Mengurangkan risiko serangan Jantung dan darah tinggi

[✔] Mengurangkan kadar Kolestrol

[✔] Mengawal kencing manis dan Anti oksida yang semulajadi

[✔] Tidak meningkatkan paras platelet dalam darah

[✔] Mencegah serangan penyakit kerana memiliki agen Anti virus, anti bakteria, anti fungus dan anti protozoa

[✔] Meningkatkan kadar metabolisma dan Pemangkin kelenjar thyroid

[✔] Membekal sumber tenaga yang pantas

[✔] Mengurangkan kesan kedutan kulit dan Melindungi kesan ultra violet matahari & penyakit kulit

[✔] Mengurangkan Kelimumur dan mengaktifkan pertumbuhan rambut.

Minyak kelapa dara As-Syifa' diperolehi daripada isi kelapa segar dan diproses melalui kaedah bioteknologi melalui pengilangan yang memenuhi piawaian yang ditetapkan. Ini bagi memastikan kandungan nutrien seperti vitamin E yang terkandung didalam minyak kelapa dara As-Syifa' tidak rosak atau hilang.



Ikhlas dari,
Nurul (011-2612 0912)
Minyak Kelapa Dara As-Syifa' Bangi Kajang
Rawatan Alternatif Pilihan Anda

Wednesday, 25 March 2015

Assalamualaikum.


PENGUMUMAN!


Sebenarnya dah bagitau kat post sebelum ni. Tapi lupa nak bagitau bila official date untuk guna VOUCHER ni. Sebab voucher ni kita buat khas sempena GST, so starting on 1st April 2015 korang dah boleh start guna voucher dah untuk setiap pembelian Minyak Kelapa Dara As Syifa' ni.  

Orang yang bertuah je akan jumpa voucher ni kat beberapa tempat di sekitar Bandar Baru Bangi. Kat mana tu kita tak boleh bagitau. Surpriseeee! Hehe. Kalau rajin, pergilah ronda-ronda di petang hari cari voucher tersembunyi kat celah mana. Hihi 

Bagi yang membuat pembelian Minyak Kelapa Dara As Syifa' dan Peasant Dress by Tillie and Tots juga akan menerima voucher jugak. Rupa voucher tu macam kat bawah ni. ;P





Eh, yg kat bawah tu voucher ape pulak? 

Hehe. Tu special untuk ibu yang ada anak perempuan je! Ade special PEASANT DRESS yang comel-comel khas untuk baby girl anda! Special made by our tailor tau. Dah nak masuk bulan April ni so boleh la usha-usha dress untuk raya nanti. Amboi, awalnye prepare baju raya. Hihi ;p


Tapi nak cakap sori untuk ibu-ibu yang ada baby lelaki sebab belum ada baju untuk baby lelaki lagi. Tapi jangan risau, next time kita buatkan baju baby lelaki pulak okey? Jangan merajuk tau, voucher pun kita akan buat jugak kalau dah ade produk untuk baby boy nanti. Hehehe. ;)


Kalau ada yang berminat nak order Minyak Kelapa Dara and baby dress ni bolehlah whatsapp Nurul okay. 011-2612 0912. And macam yang Nurul sebut dalam post yang lepas, we provide Free Consultation and Free Postage untuk Minyak Kelapa Dara As-Syifa'. ;)


Okey. See you on next post! 

Salam! =)

Wednesday, 19 February 2014

AMARAN! Hehe. Takdelah, nak bagitau post ni panjang, so maybe boleh pilih tajuk yang korang nak tahu je Tapi kalau baca semua lagi bagus! Tambah ilmu. ;)
Ni list tajuk info yang korang perlu tahu tentang Minyak Kelapa Dara:

1. APAKAH FUNGSI MINYAK KELAPA DARA ?
2. APAKAH KESAN SEGERA PENGAMBILAN MINYAK KELAPA DARA PADA TUBUH ?
3. BAGAIMANA CARA PENGGUNAAN ?
4. PRODUK NI BERAPA LAMA BARU BERKESAN?
5. BAGAIMANA MKD MERAWAT PENYAKIT JANTUNG?
6. BAGAIMANA MKD AS-SYIFA MEMBERI TENAGA?
7. BAGAIMANA MKD AS-SYIFA BOLEH BERFUNGSI UNTUK KECANTIKKAN LUARAN?
8. TIPS PENGAMBILAN MINYAK KELAPA DARA
9. BAGAIMANA MKD AS-SYIFA MERAWAT GOUT?
10. APAKAH KEBAIKKANNYA UNTUK IBU HAMIL?
11. ADAKAH IA BAIK UNTUK KULIT BAYI & IBU?

Okey! Dah pilih nak baca yang mana? Nak baca semua? Ok, Jom baca! =D


1. APAKAH FUNGSI MINYAK KELAPA DARA ?


Minyak Kelapa Dara As-Syifa’ adalah 100% Asli, Berkualiti & Dibacakan 30 Juzu’ serta Ayat-ayat Syifa’Fungsinya membantu mencegah, merawat dan memulih penyakit seperti: KOLESTROL, SAKIT JANTUNG, RESDUNG, KENCING MANIS, TEKANAN DARAH TINGGI, PENYAKIT KULIT, GOUT, KESUBURAN RAMBUT.


Antara 1001 kelebihan dan manfaat lain jika diamalkan secara pemakanan dan penggunaan:

1.Kecantikan Luaran
2.Kesihatan Dalaman
3.Meningkatkan Daya Tahan Tubuh,
4.Membunuh Virus,Bakteria,Kulat Dan Jangkitan
5.Hubungan Suami Isteri

Pakar-Pakar Kesihatan dunia telah membuat kajian tentang minyak kelapa dara dan terbukti minyak kelapa dara mempunyai 1001 khasiat untuk kesihatan badan manusia. Mereka menyarankan agar jadikan minyak kelapa dara sebagai pelan pemakanan harian kita.

Untuk kes-kes penyakit yang sudah sampai tahap kritikal, boleh mengambil minyak kelapa dara ini sebagai suppliment, tetapi disarankan mendapat nasihat doktor terlebih dahulu.


2. APAKAH KESAN SEGERA PENGAMBILAN MINYAK KELAPA DARA PADA TUBUH ?

1. Melegakan pernafasan
-mencairkan kahak dan membersihkan laluan pernafasan dan kerongkong

2. Melawaskan pembuangan air besar dan kecil
Menyelesaikan masalah sembelit dan kencing tidak lawas serta membuang toksin melalui najis

3. Meningkatkan kadar metabolisma pada seluruh sel tubuh
Minyak kelapa dara akan diserap terus sebagai komponen tenaga dalam badan. Badan anda akan rasa lebih bertenaga

4. Didalam usus kecil dan usus besar ia akan memusnahkan organisma perosak seperti virus, bakteria, kulat dan protoza (cacing). Oleh itu penghadaman akan mencapai pada tahap maksimum.

5.Mengurangkan keadaan mudah lapar
Bila penghadaman mencapai tahap maksima tubuh mendapat lebih khasiat dan tenaga. Oleh itu berat badan terkawal tidak perlu makan banyak dan kerap.

6.Mengurangkan kandungan lemak badan
Berat badan turun mengikut kesesuaian tubuh badan seseorang

7. Mengurangkan risiko serangan sakit jantung dan darah tinggi
Mengelak terbentuknya plak pada saluran darah terutama saluran yang berhubungan dengan jantung

8. Mempercepat penggantian sel sel mati dengan yang baru

9. Mengembalikan keanjalan dan kelembutan kulit.


3. BAGAIMANA CARA PENGGUNAAN ?


Amalkan pemakanan Minyak Kelapa Dara A-Syifa Satu Sudu Makan (Dewasa) , Satu sudu Teh (Kanak-Kanak) Setiap Pagi dan Petang Selepas Makan.

Untuk kegunaan luaran, Sapu pada bahagian bermasalah.

Sebelum menggunakannya, Hendaklah
1. Membaca bismilah
2. Selawat keatas Nabi Muhammad
3.Doa supaya dipulihkan penyakit

*Jangan dilangkah dengan sengaja. Simpan ditempat yang tinggi dan jgn diletakkan dalam peti sejuk





4. PRODUK NI BERAPA LAMA BARU BERKESAN?

Minyak Kelapa Dara As-Syifa digunakan sebagai Dietary Supplimet berfungsi mencegah dan merawat penyakit . Khasiatnya untuk kesihatan memang diakui oleh pakar-pakar kesihatan dunia dimana kajian-kajian yang dijalankan mendapati minyak kelapa dara adalah makanan yang terbaik untuk kesihatan badan.

berapa lama kesan produk dalam merawat penyakit bergantung pada tahap keseriusan penyakit itu. Amalkan pemakanan minyak kelapa dara setiap hari dan lihat perubahan tahap kesihatan anda. Hampir 90% pengguna yang mengamalkan pemakanan minyak kelapa dara sebagai diet harian mereka memberikan respon positif dimana kesihatan mereka bertambah baik.

Penghasilan Minyak Kelapa Dara kami adalah yang berkualiti tinggi tanpa proses pemanasan haba dan campuran bahan kimia iaitu 100% Asli dan digabungkan pula dengan bacaan 30 Juzuk Al-Quran dan Ayat-Ayat Syifa oleh pelajar tahfiz Saadah Addarain, Insha Allah, dengan kualitinya dan kehebatan rawatan Al-Quran, penyakit anda dapat di sembuhkan, Insha Allah.


5. BAGAIMANA MKD MERAWAT PENYAKIT JANTUNG?

KLIK SINI
Salah satu fungsi MKD adalah Membantu mencegah penyakit jantung. Ramai pengguna keliru bahawa dengan pengambilan minyak kelapa boleh menyebabkan penyakit jantung disebabkan kandungan lemak tepu yang terlalu tinggi. Keunikan kandungan lemak tepu di dalam minyak kelapa adalah berbeza daripada lemak tepu yang lain disebabkan ia tidak menyumbang kepada peningkatan kandungan kolestroil di dalam darah dan sebenarnya minyak kelapa adalah bebas kolestrol. Disebabkan asid lemak MKD membantu dalam meningkatkan kadar metabolisma, ia mampu menurunkan kadar kolestrol LDL (kolestrol jahat) dan meningkatkan paras kolestrol HDL (kolestrol baik) di dalam tubuh manusia.


6. BAGAIMANA MKD AS-SYIFA MEMBERI TENAGA?

Apabila kita makan, sistem badan akan tukar makanan kepada tenaga. Namun kadar metabolisme membezakan kadar tenaga yang dihasilkan.Semakin tinggi kadar metabolisme, semakin banyak tenaga dihasilkan.

Salah satu kelebihan Minyak Kelapa Dara (MKD) D’aura, ia dapat menjana tenaga berlebihan!

Bagaimana??

MKD mula dihadamkan dengan enzim saliva (enzim dlm air liur). Ia baik untuk mereka yang ada masalah metabolik rendah. Kemudian, MKD akan dihantar ke hati untuk tenaga yang lebih maksima.

MKD juga boleh masuk ke dalam sel dengan mudah tanpa bantuan enzim .Proses pencernaan menjadi lebih cepat, sekaligus hasilkan tenaga dalam masa yang singkat!

Jangan tunggu lagi! Dengan hanya sesudu pagi dan petang, MKD D’aura pastinya terbaik sebagai makanan supplement anda setiap hari!


7. BAGAIMANA MKD AS-SYIFA BOLEH BERFUNGSI UNTUK KECANTIKKAN LUARAN?

Antara kebaikan Minyak Kelapa Dara (MKD) As-Syifa’ adalah ia boleh digunakan untuk kecantikan luaran. Ia adalah yang terbaik sebab MKD tiada campuran bahan kimia.. hanya 100% MKD tulen!

1) PELEMBAP : Hanya sapu MKD pada leher dan muka dapat mengelakkan kulit kering. Kalau ada yang risau jika kesan kilat berminyak akan terjadi, jangan risau! minyak ini mudah diserap oleh kulit. Kalau tak nak sapu di waktu siang, boleh disapu sebelum tidur dan dicuci keesokan harinya.

2) KRIM MATA : Sedikit sapuan nipis di bahagian bawah mata pada waktu malam untuk mengurangkan bengkak bawah mata serta garis-garis halus/penuaan.

3) MAKE-UP REMOVER : Letakkan beberapa titik VCOA pada kapas pembersih muka dan solekan anda akan hilang dengan mudahnya!

4) SERUM RAMBUT : Ratakan MKD pada tapak tangan dan sapukan ke rambut dan kulit kepala. Sesuai sebagai perapi rambut lurus ataupun kerinting. Ia boleh melebatkan dan menghitamkan rambut serta merawat rambut rosak.

Kesimpulannya, gunakan lah Minyak Kelapa Dara As-Syifa’ sebagai suplemen yang wajib disapu dan dimakan setiap hari!


8. TIPS PENGAMBILAN MINYAK KELAPA DARA

MINUM / AMBIL minyak kelapa dara (MKD) As-Syifa’ satu sudu makan pada waktu pagi dan petang selepas makan.

KENAPA??

Pada masa ini sistem pencernaan badan kita menjadi sedikit perlahan atau kurang aktif. Jadi ini akan memudahkan MKD bertindak dan bekerja dalam badan kita.

ELAKKAN..

Pengambilan MKD pada waktu tengahari kerana pada masa ini, sistem badan kita sangat aktif bekerja untuk mencerna makanan dan sebagainya.

Pengambilan MKD sebelum makan kerana tindak balas mungkin tidak akan berlaku kerana MKD yang kita minum akan ditimpa oleh makanan yang kita ambil.

PALING PENTING SEKALI…

Pastikan anda minum air kosong dengan cukup, sekurang-kurangnya 2 liter sehari untuk membantu proses penyingkiran atau penyahtoksin dan badan akan terasa lebih segar dan bertenaga.


9. BAGAIMANA MKD AS-SYIFA MERAWAT GOUT?

Jika dahulu, Gout hanya dihidapi oleh orang2 yang berumur. Tapi kini tidak lagi. Kajian menunjukkan 60% rakyat Malaysia mempunyai penyakit gout dan 32% daripadanya adalah pemuda berusia linkungan 25-40 tahun!

Pesakit gout bukan sahaja perlu menahan sakit yang teramat sangat ketika serangan berlaku, malah perlu berpantang dalam pemakanan.

Jadi, apa tunggu lagi?? ELAK serangan Gout dengan Minyak Kelapa Dara (MKD) As-Syifa’ sekarang!

Bagaimana??

MKD meredakan gout dengan meningkatkan metabolisma dan melancarkan sistem perkumuhan. Oleh itu, badan tidak akan menghasilkan banyak asid urik dan dapat menyingkirkan asid urik dengan cepat.

Dengan hanya sesudu MKD pagi dan petang, anda tidak perlu bimbang serangan ulangan gout yang menghantui anda sekian lama. Malah anda boleh menikmati apa jua makanan tanpa memikirkan tentang pantang anda..

Jalanilah hidup yang sihat dengan MKD As-Syifa’!


10. APAKAH KEBAIKKANNYA UNTUK IBU HAMIL?


IBU HAMIL AMBIL PERHATIAN!


Minyak kelapa dara (MKD) boleh dikategorikan sebagai suplemen untuk badan kerana khasiatnya yang pelbagai sesuai untuk diambil ibu yang sedang hamil.

Berikut adalah kebaikan minyak kelapa dara bagi ibu hamil :

Kajian telah menunjukkan apabila MKD dijadikan sebagai sebahagian daripada pemakanan, kandungan lauric acid dalam susu ibu akan bertambah sekitar tiga kali ganda!

Pengambilan MKD pada peringkat awal kehamilan membantu mengurangkan ‘morning sickness’ atau alahan yang teruk. MKD berupaya memperbaiki kandungan asid di dalam rahim dan mengimbangi paras hormon wanita yang sentiasa berubah-ubah.

Bagi mereka yang pernah keguguran atau sukar mengandung juga disarankan mengambil MKD sebagai ikhtiar mendapatkan zuriat kerana kelebihannya mengawal paras hormon dan kesuburan serta meningkatkan metabolisme badan.

Pengambilan MKD oleh ibu2 hamil juga akan mengurangkan sembelit/buasir kerana ia memperbaiki sistem penghadaman dan pencernaan.

Boleh disapu pada perut, peha dan punggung untuk mengelakkan kesan regangan (strechmark). Lakukan ia secara rutin bermula pada pertengahan usia kehamilan. Sapu juga pada betis dan kaki bagi mengelakkan kekejangan dan rasa tegang.

MKD disapu dan urut pada kawasan perineum supaya kawasan tersebut lembap dan lembut, juga diminum beberapa minggu sebelum melahirkan. Ia sebagai persediaan memudahkan proses bersalin serta mengurangkan risiko komplikasi dan mengelakkan kelahiran tidak cukup bulan (pramatang).


11. ADAKAH IA BAIK UNTUK KULIT BAYI & IBU?

Sapukan minyak kelapa dara untuk keselesaan bayi dan melembutkaan kulit bayi.


Sori, dekat gambar tu nombor husband tau, mase design gambar tu Nurul belum ada whatsapp. Hehehe. Ni nombor Nurul 011-26120912. Apa-apa nak tanya boleh whatsapp and SMS. Jangan malu-malu! =)

Wednesday, 12 February 2014

Apa kelebihan Minyak Kelapa Dara D'Aura berbanding dengan minyak kelapa dara yang lain ???


(1)
Ditenagakan dengan bacaan 30 Juzuk al-Quran dan ayat Syifa’ (doa penyembuh penyakit) secara langsung oleh anak-anak tahfiz dari Pondok Tahfiz Moden Saadah Addarain. [bukan kaset/CD/radio]



(2)
100% Asli dan berkualiti tinggi. Minyak Kepada Dara D’Aura berwarna jernih (kualiti terbaik)



(3)
Harga yang terbaik di pasaran. Semua orang mampu memilikinya.



(4)
Membeli sambil menderma. Sebahagian daripada hasil jualan akan disumbangkan kepada sekolah tahfiz dan pembinaan masjid.



(5)
Terdapat 1001 manfaat dan kebaikan Minyak Kelapa Dara yang boleh diperoleh.

Ada banyak sangat manfaat dan khasiat Minyak Kelapa Dara ni. Pakar-pakar luar Malaysia pun ramai yang mengakui khasiat minyak kelapa dara atau virgin coconut oil (vco). Disebabkan terlalu banyak manfaat yang perlu ceritakan, jadi Nurul akan buat satu post untuk satu jenis manfaat. Okay tak?

Tak okay? Tak kira, nak buat jugak. Hihihi :p

Nantikan post seterusnya! Stay tune! =)







Tuesday, 11 February 2014

Assalammualaikum!

First sekali nak perkenalkan diri dulu lah. Boleh tak? Hihi. Sebelum apa-apa kena la kenal dulu. Kan? Nama kite Nurhidayah Binti Mat Saleh, panggil Nurul je. Nama husband Muhamad Syafiq Bin Shohaimi. Kat bawah ni gambar masa kiteorang nikah. Heee. ;)



Syafiq & Nurul selepas majlis akad nikah pada 25 Mei 2013 di Banting


Berbalik kepada tajuk blog, Minyak Kelapa Dara As-Syifa' keluaran D'Aura adalah produk berkualiti tinggi yang mempunyai pelbagai khasiat, 100% Asli & Dibacakan 30 Juzu' serta Ayat-ayat Syifa'. Nurul pula adalah Pengedar Sah untuk kawasan Bangi & Kajang, boleh cek kat SINI (cari nama Nurhidayah tau). Tapi jangan risau, kalau duduk Sabah Sarawak pun boleh dapatkan daripada Nurul. =)

Minyak kelapa dara ni mungkin lebih familiar dengan perkataan "virgin coconut oil" atau "VCO". Minyak kelapa dara ni terbukti sebagai minyak yang paling sihat dan mempunyai pelbagai khasiat untuk tubuh badan kita. Boleh baca fakta-fakta tentang minyak kelapa dara di Fakta 1 dan Fakta 2 atau boleh juga cuba google sendiri. Hehehe.


Bagaimana Minyak Kelapa Bermanfaat Untuk Tubuh Anda ???

✔ Sistem Pencernaan
Membantu dalam proses pencernaan yang akan membolehkan tubuh anda menghadam segala khasiat dari makanan dan membuang toksin dari badan dengan lebih baik. Ini akan membuang semua masalah yang berpunca akibat pengumpulan toksin dalam tubuh.

✔ Sistem Imunisasi dan Kekebalan Tubuh
Tubuh anda akan lebih kebal dari penyakit kerana Minyak Kelapa Dara mempunyai sifat antivirus dan antibakteria yang kuat.

✔ Masalah Jantung
Jantung anda akan lebih sihat dan kuat kerana kandungan asid laurik yang terkandung di dalamnya membantu mencegah masalah jantung dengan cara menurunkan kadar kolesterol dan tekanan darah tinggi. Ia juga mengurangkan kecederaan arteri dan mencegah aterosklerosis.

✔ Kencing Manis dan Diabetes
Kandungan gula dalam darah anda akan lebih terkawal dan penghasilan insulin tubuh anda juga akan lebih bersesuaian. Ini akan mencegah dan mengubati kencing manis dan diabetes.

✔ Resdung
Masalah resdung anda akan lebih terkawal dan sembuh kerana sifat antivirus, antibakteria, antikulat dan antiprotozoa yang akan membasmi kuman penyebab resdung.

✔ Tiroid
Masalah hipertiroidisme dan hipotiroidisme akan dipulihkan kerana Minyak Kelapa Dara merangsang fungsi tiroid dan mempunyai pelbagai sifat antiseptik.

✔ Mencegah Masalah Hati
Bebanan tugas pada hati anda akan berkurangan kerana ia mencegak pengumpulan lemak dan Minyak Kelapa Dara adalahg zat tenaga yang mudah diubah.

✔ Berat Badan
Kadar metabolisme tubuh anda akan meningkat dan ini akan secara tidak langsung menurunkan berat badan anda pada tahap yang bersesuaian.

✔ Untuk Tulang
Tubuh anda akan mempunyai kebolehan menyerap kalsium dan magnesium dengan lebih baik.

✔ Untuk Gigi
Gigi akan menjadi lebih sihat dan kuat.

✔ Untuk Kesihatan Keseluruhan
Anda akan lebih sihat dan mampu sembuh dari pelbagai penyakit kerana Minyak Kelapa Dara memberi kebaikan dan kesembuhan dalaman dan luaran. Jadi dengan pengamalan Minyak Kelapa Dara secara berterusan, kesihatan tubuh anda anda akan berada pada tahap terbaik (optimum).


Okay!
Sampai sini dulu. Penat nanti baca banyak-banyak.
Jumpa lagi kat post seterusnya! =D