Kencing Manis Ketika Mengandung, Punca dan Kesannya? ~ Minyak Kelapa Dara | Virgin Coconut Oil (VCO) - Bangi Kajang

Friday, 22 May 2015



Kencing manis ketika mengandung atau‘gestational diabetes‘ adalah masalah kesihatan paling kerap dialami oleh ibu hamil. 70% daripada ibu yang menghidap kencing manis ketika mengandung ini biasanya akan pulih lepas bersalin tapi kebanyakan mereka akan menghidap diabetis jenis kedua di kemudian hari.

Apa punca kencing manis ketika mengandung?
Punca utama kerana tahap glukosa dalam badan ibu tinggi dari keperluan normal. Ini terjadi bila hormon insulin tidak cukup untuk tukarkan glukosa kepada tenaga bagi keperluan sel badan atau tabiat pemakanan ibu yang tinggi gula.
Punca kedua disebabkan hormon yang dihasilkan oleh plasenta (uri) untuk bantu tumbesaran bayi. Hormon tu memang bagus untuk bayi tapi akibatnya sel-sel dalam badan ibu jadi kalis (orang putih cakap ‘immune’) pada insulin. Ini menyebabkan terjadinya masalah kalis insulin.


Siapa berisiko menghidap kencing manis ketika mengandung?
Semua ibu hamil berisiko menghidap kencing manis ketika mengandung tapi ada sesetengah ibu akan berisiko tinggi untuk mengalami masalah kencing manis ketika mengandung seperti:
> Ibu hamil berumur 35 tahun ke atas
> Sejarah keluarga menghidap diabetis
> Pernah menghidap diabetis ketika kehamilan sebelumnya
> Berat badan sebelum hamil lebih 80kg
> Pernah melahirkan bayi dengan berat badan lebih 3.5kg
> Ibu hamil kembar
> Ibu hamil yang bermasalah hydramnions (terlalu banyak air ketuban)

Bagaimana nak tahu saya menghidap kencing manis ketika mengandung?

Dikesan melalui pemeriksaan darah selepas minum air gula. Biasanya ibu akan disuruh berpuasa malam sebelumnya.
Biasa kan bila check dekat klinik, nurse mesti cakap ‘ gula awak tinggi ni, jaga-jaga sikit ya’.. haaa

Apa kesan diabetis ketika mengandung pada ibu dan bayi?

1. Pada ibu
- Risiko tinggi untuk mendapat pre-eclampsia (tekanan darah tinggi dan lebihan protein dalam air kecing)
- Risiko tinggi untuk dijangkiti vanigal moniliasis (jangkitan faraj)
- Risiko tinggi untuk mendapat jangkitan pada luka bersalin menyebabkan luka lambat sembuh
50% boleh menghidap diabetis tahap kedua di kemudian hari


2. Pada bayi
- Risiko tinggi untuk bayi mati dalam kandungan
- Saiz bayi terlalu besar menyebabkan kesukaran semasa bersalin
- Bayi berisiko untuk mendapat kecederaan bahu semasa bersalin membawa risiko kecacatan
- Bayi berisiko untuk hipoglisemia (terlalu banyak insulin, gula dan mineral penting dalam darah terlalu rendah menjejaskan tumbesaran)
- Sakit kuning (jaundice)
- Bayi sukar bernafas
- Air ketuban berlebihan (polyhydramnions) yang membawa kepada kelahiran pra-matang dan kematian bayi dalam kandungan.
- Bayi akan lebih mudah dapat obesiti atau kencing manis bila dewasa.

Bagaimana merawat kencing manis ketika mengandung?
- Biasanya doktor akan suruh kawal pemakanan dan kurangkan makanan berkarbohidrat tinggi dan tinggi gula. Patuhi arahan doktor ya
- Anda juga mungkin perlu ambil suntikan insulin
- Digalakkan juga amalkan senaman ringan setiap hari
- Mengamalkan makanan yang kaya dengan Zinc, B-complex dan Magnesium di mana zinc sangat penting untuk bantu buah pinggang hasilkan lebih banyak insulin bagi atasi masalah kalis insulin



**Kami disini ada produk yang terbaik bagi ibu-ibu hamil untuk mengatasi masalah yang sering dihadapi oleh ibu-ibu ketika mengandung. Oleh itu utk elakkan nya boleh amalkan MKD As-Syifa' sebagai makanan tambahan .

------------------------------------------------------

Berminat dengan produk Minyak Kelapa Dara kami...?
Dapatkan konsultasi percuma secara Whatsapp serta pembelian dengan harga promosi..

Whatsapp segera ya !! Jangan lepaskan peluang

✚ Sila whatapps untuk info lebih lanjut >>  Nurul 011-2612 0912
✚ Dapatkan MKD As-Syifa' dengan Tawaran Istimewa Promosi Harga 2 SET sementara ianya masih ada !
✚ PM kami >>https://www.facebook.com/messages/minyak.kelapa.dara.bangi.kajang


Ikhlas dari,
Nurul
Minyak Kelapa Dara As-Syifa'

Rawatan Alternatif Pilihan Anda

Tagged: , , , , , , , , , ,

1 comment:

  1. Bila pulak buah pinggang hasilkan insulin.......

    ReplyDelete