Kebanyakkan wanita yang hamil akan mengalami masalah buasir. Buasir mempunyai pelbagai masalah seperti rasa tidak selesa jika ia keluar melalui dubur sehingga sakit dan berdarah jika buasir ini tersumbat dan luka selepas membuang air besar.
Buasir boleh luka bila najis terlalu keras. Tambahan ketika mengandung disebabkan kulit dubur menjadi kendur kerana hormon, tekanan dari bayi pada dubur dan masalah sukar membuang air besar menyebabkan buasir terkeluar, tersumbat dan berdarah. Kami kebiasaannya memberi ubat seperti Dafilon, ubat memudahkan buang air besar dan ubat supositori untuk dimasukkan ke dalam dubur.
Buasir terjadi apabila saluran darah vena membengkak dan timbul serta bengkak-bengkok atau tortuous. Ini menyebabkan saluran ini mudah tersumbat kerana pembekuan darah.
Kejadian ini bukan saja berlaku di dubur tetapi ia boleh berlaku di kaki dan bibir faraj seperti puan alami. Pada kaki, ia timbul pada permukaan betis dan selalunya puan mengalami kesakitan semasa berjalan.
Jika ia timbul di bibir faraj, bibir faraj akan membengkak dan puan berasa tidak selesa apabila terkena seluar dalam. Perdarahan jarang berlaku di tempat sebegini. Jika anda lihat dalam cermin, ia membentuk jaringan urat-urat darah berwarna biru/hijau.
PUNCA BUASIR
*Tabiat pemakanan yang kurang elok.
*Kurang minum air.
*Mengabaikan pengambilan zat tambahan.
*Kurang bersenam.
*Sembelit atau cirit birit.
*Mengangkat benda berat.
*Sentiasa duduk
*Meneran (ketika najis keras atau sembelit)
*Cirit-birit
*Duduk mencangkung di dalam tandas terlalu lama
*Batuk yang teruk
*Hamil
*Bersalin
TANDA- TANDA BUASIR
*Gatal pada lubang dubur.
*Kepanasan pada kawasan dubur selepas membuang air besar.
*Berdenyut-denyut.
*Sukar membuang air besar.
*Berasa tidak selesa selepas berdiri lama atau mencangkung.
*Keluar darah ketika membuang air besar.
Lebih hampir anda ke tarikh bersalin lagi bertambah teruk. Ini tidak memudaratkan kandungan anda, Cuma doktor akan mengelak melakukan epiosotomi jika boleh bagi mengelak perdarahan yang banyak jika terkena urat-urat darah ini.
Semua masalah itu selalunya akan hilang selepas bersalin kelak.
INFO : BERITA HARIAN
**Kami disini ada produk yang terbaik bagi ibu-ibu hamil untuk mengatasi masalah yang sering dihadapi oleh ibu-ibu ketika mengandung. Oleh itu utk elakkan nya boleh amalkan MKD As-Syifa' sebagai makanan tambahan .
------------------------------------------------------
Berminat dengan produk Minyak Kelapa Dara kami...?
Dapatkan konsultasi percuma secara Whatsapp serta pembelian dengan harga promosi..
Whatsapp segera ya !! Jangan lepaskan peluang
✚ Sila whatapps untuk info lebih lanjut >> Nurul 011-2612 0912
✚ Dapatkan MKD As-Syifa' dengan Tawaran Istimewa Promosi Harga 2 SET sementara ianya masih ada !
✚ PM kami >>https://www.facebook.com/messages/minyak.kelapa.dara.bangi.kajang
Ikhlas dari,
Nurul
Minyak Kelapa Dara As-Syifa'
Rawatan Alternatif Pilihan Anda
0 comments:
Post a Comment