Adab Suami Ketika Isteri Mengandung ~ Minyak Kelapa Dara | Virgin Coconut Oil (VCO) - Bangi Kajang

Monday, 30 March 2015

Ketika isteri mengandung, suami hendaklah benar-benar bertanggungjawab terhadap isteri kerana perasaan isteri sangat sensitif pada saat itu. Isteri sangat memerlukan perhatian daripada suami yang disayanginya. Ada beberapa perkara yang perlu suami lakukan terhadap isteri yang sedang mengandung:

1) Suami hendaklah menunjukkan rasa kasih sayang terhadap isteri, sebagai teman hidup yang paling dekat.

2) Hendaklah berlaku jujur & setia terhadap isteri serta hindari daripada bersikap kejam terhadap isteri.

3) Selesaikan dahulu jika ada perselisihan faham yang berlaku dengan isteri sebelum masuk tidur.

4) Jangan mudah mengeluarkan perkataan talak terhadap isteri.

5) Ketika isteri hampir bersalin, suami digalakkan membaca doa berikut, " La ila ha illa anta subhanaka inni kun tum minadzolimin"
Maksudnya: "Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau Maha Suci. Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang yang zalim"

6) Suami hendaklah kerap melakukan solat sunat atau solat hajat dan mendoakan agar isteri dan anak dalam kandungan selamat. Mengandung akan memberi tekanan terhadap wanita dari segi fizikal, ia harus menampung kandungannya, tubuh badannya bekerja lebih kuat. Jantungnya mengepam darah 40% lebih daripada keadaan biasa. Buah pinggangnya harus mengendalikan pembuangan kotoran bayinya.

Wanita mengandung juga mengalami perubahan emosi, maka tugas para suamilah untuk menjaga hati para isteri smile emoticon

Tagged: , , , , , , , , , , ,

0 comments:

Post a Comment