Larangan untuk Wanita Hamil ~ Minyak Kelapa Dara | Virgin Coconut Oil (VCO) - Bangi Kajang

Wednesday 25 February 2015

1. Wanita Hamil Harus Menjauhi Minuman Keras
Selain nikotin,minuman keras pun merupakan zat paling berbahaya diambil ketika hamil. Minuman tersebut boleh menyebabkan bayi yang anda kandung itu mengalami masalah pendengaran, gangguan sistem penghadaman, sukar berkonsentrasi, serta bakal mengalami masalah kesihatan fizikal dan juga mental

2. Wanita Hamil Dilarang Berendam Air Panas Terlalu Lama
Relaks dan bertenang memang diperlukan oleh setiap wanita hamil. Tetapi berendam terlalu lama di dalam air panas tidak baik untuk wanita hamil kerana ia boleh mempengaruhi kesihatan bayi yang dikandung.

3. Wanita Hamil Dilarang Melakukan Senaman Berat
Wanita hamil memang digalakkan untuk bersenam. Namun, senaman bagi wanita hamil bukanlah senaman berat seperti yang dilakukan oleh orang yang tidak hamil.

4. Wanita Hamil Tidak Boleh Menggunakan Lotion
Penggunaan lotion dan produk kecantikan dikatakan boleh mempengaruhi hormon pada wanita hamil. Sebaiknya gunakan lotion daripada bahan semulajadi seperti minyak zaitun.

5. Wanita Hamil Dicegah Mewarnakan Rambut
Wanita hamil dilarang sama sekali mewarnakan rambutnya kerana kandungan kimia pada bahan pewarna rambut boleh membahayakan kandungannya.

6. Wanita Hamil Tidak Boleh Menggunakan Pembersih Kimia
Ibu hamil sebaiknya menghindari sebarang pembersih yang mengandungi bahan kima ketika mengelap atau membersihkan bilik mandi. Pembersih kimia berbahaya untuk ibu hamil kerana kandungan bahan kimia ini akan menganggu pertumbuhan janin.

Jom bersalin normal!
Whatsapp/SMS Nurul 011-2612 0912.

Tagged: , , , , , , , , , , ,

0 comments:

Post a Comment